Wednesday 22 January 2014

TAJUK 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

Pengenalan 
                   Enjin carian merupakan sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci dan frasa. sebagai contoh, apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo, maka anda sebenarnya sedang menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat tentang Malaysia. Ini dilakukan dengan cara enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda. 
                 Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, manakala enjin carian tertentu hanya mengindeks kandungan sahaja. secara umumnya, servis carian Internet boleh dikategorikan kepada dua:

  • direktori
  • enjin pencari

Menggunakan Web, Video, Audio dan Imej
  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dll.
  • Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan. kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hamper sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, grafik, video, teks dan grafik.
  • Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.

Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.


Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com. Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.

Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.


Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :
  1. Taipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.
  2. Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
  3. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
  4. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
  5. Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
  6. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
  7. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.




Tuesday 7 January 2014

Pengenalan bmm3105

Pengajaran Bahasa Melayu berasaskan komputer memudahkan guru untuk mengajar serta dapat menarik minat murid-murid. Melalui penggunaan komputer, guru boleh menyalurkan pelbagai maklumat kepada murid melalui pelbagai medium seperti penggunan powerpoint, bahan grafik, serta boleh memperoleh maklumat lain dengan adanya capaian internet. Guru haruslah memahirkan diri dengan penggunaan komputer.