Sunday 20 April 2014

TAJUK 15: SEMINAT ATAU PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

PENGENALAN

·         Seminar dikatakan sebagai satu cara di mana ramai orang berkumpul untuk membahas suatu masalah atau isu dalam  bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya. Melalui seminar ini, Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk memupuk kesedaran dan kepekaan dalam bidang  IT. Seminar ini juga dapat diperkenalkan kepada orang ramai terutamanya masyarakat luar.Seminar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

CIRI-CIRI SEMINAR

  • Mendedahkan peserta dengan perkara baru 
  • Memberi kesedaran kepada peserta supaya boleh menonjolkan diri dengan adanya seminar 
  • Memberi peluang membuat  perbincangan tentang Bahasa Melayu Berbantukan Komputer 
  • Menggalakkan setiap peserta mengambil bahagian untuk terlibat dengan seminar ini.
  • Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu Berbantukan Komputer antara peserta dan panel

KEBAIKAN SEMINAR
  • Menyediakan bahan dan keterangan yang baru
  • Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam

KELEMAHAN SEMINAR
  • Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
  • Susah untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
  • Sering dijalankan untuk seminar pendidikan


PAMERAN

PENGENALAN

Pameran membawa maksud sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat yang tertentu. Pameran juga bererti suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.


CIRI-CIRI PAMERAN
  • Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang
  • Mempamerkan bahan Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

JENIS-JENIS PAMERAN
BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap (Permanent Exhibition)
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Sementara(Temporary Exhibition)
Pameran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
3
Pameran Keliling (Traveling Exhibition)
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.

TAJUK 14: BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

Meneroka dan Mengklasifikasi Cakera Padat

Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:

MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu.

Selain itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:
i. Puisi tradisional dan kesusasteraan
ii. Latihan dan soalan bahasa Melayu


MENGGUNAKAN CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN

Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.
  • Kesusasteraan- Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
  • Tatabahasa- Cakera latihan tatabahasa.

TAJUK 13: MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

animasi ini digunakan untuk memberi gambaran bagi pergerakan sesuatu objek. animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

Menggunakan Animasi Perkataan dan Objek Powerpoint.

Power Points
  • Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikaitkan dengan animasi. 
  • Animasi dalam Powerpoint terbahagi kepada dua iaitu:
  1. Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
  2. Transition dan Animation
Animasi Powerpoint yang pertama:
 
Animasi powerpoint yang kedua:
  • Transition- Lebih kepada gerakan slide, sama ada fade, shape, uncover dan sebagainya membolehkan slaid ditukar ganti dengan cara yang menarik.
  • Animation- Kesan animasi yang digunakan secara bijaksana akan dapat menjelas atau mengkonkritkan konsep yang abstrak.




Mencari, mengumpul dan sesuaikan Animasi daripada Internet

Saturday 19 April 2014

TAJUK 12: MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

    Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan. 
        Alat pengarangan adalah satu perisian yang khusus untuk menghasilkan perisian kursus dengan cara mudah.  Alat pengarangan lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa pengaturcaraan. Proses menukarkan sesuatu bahan pengajaran dari bentuk bertulis kepada bentuk komputer dengan menggunakan sistem pengarangan biasanya tidak memerlukan seorang yang mahir bahasa pengaturcaraan. Pembangunan perisian kursus dengan alat pengarangan lebih menjimatkan masa kerana mempunyai ciri-ciri mesra pengguna.

Jenis-jenis Alat Pengarangan


Menggunakan alat Pengarangan dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google docs ini boleh didapati dengan melayari docs.google.com/ 

Karangan yang dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa. 


Aplikasi

Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkan murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarangan yang diketahui.

Aplikasi Penyuntingan Bahasa Melayu dengan menggunakan Alat Pengarangan

Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada Internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:


TAJUK 11: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

Pengenalan
                    
              Pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video ini merupakan salah satu pengajaran yang membantu p&p kerana pengajaran ini boleh menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. 
  • Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video) merupakan satu set teknologi komunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  • Sidang video ini juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan. 
  • Sidang video berbeza dari videofon kerana sidang video ini direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
  • Bersesuaian dalam melaksanaka Pendidikan Jarak Jauh kerana sidang video ini sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjuk cara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, temu duga dan juga bimbingan kaunseling.
Jenis Persidangan Video
  • Banyak ke banyak
  • Satu ke banyak
  • Satu ke satu
Konferensi Secara Atas Talian

               Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, konferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu, konferensi ini juga merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, terutamanya dalam kalangan pihak-pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama. Konferensi juga boleh diadakan di atas talian dengan menggunakan Internet.

Transmisi Sidang Video

Teknologi sidang video ini berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:









  1. Cekup (Capture)
  • Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
  • Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yang kemudiannya dimampatkan.
    2.  Mampat
  • Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
  • satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.
    3.  Siar
  • Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
  • Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.
Kebaikan Menggunakan Sidang Video

Kelemahan Menggunakan Sidang Video
  • Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
  • Merupakan satu ancaman kerana kurang berkemahiran dan pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi ini.
Mengadakan Sidang Video untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis.

  • Sidang video dengan menggunakan perisian Skype

Langkah
Huraian
Langkah 1 :

Langkah pertama ialah memilih perisian sidang video yang diingini. Pemilihan ini boleh dilakuakan dengan menekan klik pada simbol-simbol perisian yang terdapat dalam komputer anda. Sebagai contoh di sini sidang video yang dipilih ialah skype.
Langkah 2 :

Setelah itu akan terpapar keluar skrin yang menunjukkan Selamat Datang. Kemudian, anda harus menekan klik di sebelah kanan yang menunjukkan ayat “close this window screen and start using skype” 

Langkah 3:

Selepas itu, paparan skype anda akan muncul. Klik pada
tetikus kiri pada "create a group’"
Langkah 4:

Penambahan rakan boleh dibuat bagi kumpulan
perbincangan. Sebagai contoh sekiranya jenis video itu dari satu ke banyak, anda harus klik pada perkataan "Add people’" untuk menambah rakan anda.
  
Langkah 5:

Hasil daripada menubuhkan ‘kumpulan skype’ ini akan menghasilkan seperti gambar yang di bawah. Orang-orang yang dikehendaki akan dijemput untuk menyertai kumpulan skype ini bagi memudahkan proses P&P berlaku. 

Namun, untuk keluar daripada perbincangan yang ditubuhkan itu perlu melalui beberapa cara iaitu dengan klik tetikus kanan pada perbincangan dan pilih "leave conversation".

Anda akan lihat ada perkataan "leave the conversatio"Hal ini menunjukkan anda telah meninggalkan perbincangan.


Sidang Video Menggunakan Yahoo Messenger
  • Sidang video menggunakan Yahoo Messenger ini mempunyai sedikit kelainan dengan skype. Langkah-langkah untuk melakukan sidang video ini adalah seperti di bawah:

LANGKAH
HURAIAN
Langkah 1:
Anda harus mendaftarkan diri ke dalam Yahoo Messenger.
Setelah mendaftarkan diri paparan senarai contact akan
dipaparkan pada skrin YM.
Langkah 2:
Tekan pada salah satu contactIa akan memaparkan detail contact tersebut. Kemudian pilih gambar video untuk membuka video anda dan berinteraksi dengan rakan anda.
Langkah 3:
Conversation bersama rakan anda akan keluar dan anda boleh menaip mesej sambil membuka video dan bercakap.

Langkah 4:
Tekan video call dan YM anda akan diaktifkan. Video anda dan rakan anda akan dapat dilihat.

Langkah 5:
Anda harus menekan "contact”. Kemudian paparan "manage group" akan keluar dan anda harus tekan "manage
group" dan "create new group". Selepas itu anda masukkan
nama group dan tekan "ok" dan setelah kembali ke paparan
luar klik mouse kanan.

Langkah 6:
Masukkan alamat email rakan anda dan tekan "next"

Langkah 7:
Pilih senarai nama group dan tekan butang "next dan finish"

langkah 8:
Anda menekan "invite this group to conference" dan  masukkan nama-nama group.

Sunday 6 April 2014

TAJUK 10: MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan proses p&p yang memberikan pendedahan awal kepada murid-murid berkaitan dengan penggunaan komputer. Selain itu, pengajaran menggunakan komputer membantu mengubah cara pengajaran guru iaitu pengajaran yang lebih kepada cara tradisional. Dalam pada itu, penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar juga dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu.

Perisian Audio
  • Untuk rakaman suara mahupun penghasilan elemen audio seperti muzik, kesan khas dan lain-lain.
  • Rakaman audio yang asas - perisian Sound Recorder(sedia ada dalam Microsoft Windows).
  • Menyediakan kemudahan seperti merakam audio dan beberapa kesan khas juga boleh ditambahkan kepadanya.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. perancangan tersebut berkaitan dengan:
  1. Penentuan peringkat pengajaran
  2. Kemahiran bahasa
Penentuan Peringkat Pengajaran

Penentuan peringkat pengajaran bermaksud penentuan atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. ini bagi membantu guru menentukan waktu yang sesuai penggunaan audio dan video. peringkat pengajaran ini boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:



Penentuan peringkat pengajaran ini penting bagi guru. Jika guru tidak melakukan penentuan pengajaran ini, guru sukar untuk menentukan masa yang sesuai untuk menggunakan pengaajran berasaskan video dan audio tersebut.

Kemahiran Berbahasa

Kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambil kira kemahiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebagai bahan bantu mengajar pada hari teersebut kerana pemggunaannya tidak relevan. 

Menentukan Prinsip Pembinaan Bahan Video dan Audio

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

PRINSIP PEMBINAAN BAHAN VIDEO DAN AUDIO :

 

PENGGUNAAN ELEMEN TEKS
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
· Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat. 
· Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. 
· Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai 
· Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan 
kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan. 
· Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain. 

PENGGUNAAN ELEMEN GRAFIK DAN VISUAL
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak 
seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
· Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi 
penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. 
· Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan 
dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat 
dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia 
boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan. 

PENGGUNAAN ELEMEN AUDIO
-Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. 
- Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.


PANDUAN MEGGUNAKAN ELEMEN VIDEO
·    Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling  dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. 
·       Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para  pengguna dengan lebih nyata.

PANDUAN MENGGUNAKAN ELEMEN ANIMASI
·         Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. 
·         Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. 
·         Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk membina bahan audio dan video,
antaranya ialah :
 

(i) Membina bahan video

Langkah 1 dan 2

 

Langkah 3

 

Langkah 4

 

Langkah 5

 

MEMBINA BAHAN AUDIO
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.