Sunday 6 April 2014

TAJUK 10: MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan proses p&p yang memberikan pendedahan awal kepada murid-murid berkaitan dengan penggunaan komputer. Selain itu, pengajaran menggunakan komputer membantu mengubah cara pengajaran guru iaitu pengajaran yang lebih kepada cara tradisional. Dalam pada itu, penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar juga dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu.

Perisian Audio
  • Untuk rakaman suara mahupun penghasilan elemen audio seperti muzik, kesan khas dan lain-lain.
  • Rakaman audio yang asas - perisian Sound Recorder(sedia ada dalam Microsoft Windows).
  • Menyediakan kemudahan seperti merakam audio dan beberapa kesan khas juga boleh ditambahkan kepadanya.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. perancangan tersebut berkaitan dengan:
  1. Penentuan peringkat pengajaran
  2. Kemahiran bahasa
Penentuan Peringkat Pengajaran

Penentuan peringkat pengajaran bermaksud penentuan atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. ini bagi membantu guru menentukan waktu yang sesuai penggunaan audio dan video. peringkat pengajaran ini boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:



Penentuan peringkat pengajaran ini penting bagi guru. Jika guru tidak melakukan penentuan pengajaran ini, guru sukar untuk menentukan masa yang sesuai untuk menggunakan pengaajran berasaskan video dan audio tersebut.

Kemahiran Berbahasa

Kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambil kira kemahiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebagai bahan bantu mengajar pada hari teersebut kerana pemggunaannya tidak relevan. 

Menentukan Prinsip Pembinaan Bahan Video dan Audio

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

PRINSIP PEMBINAAN BAHAN VIDEO DAN AUDIO :

 

PENGGUNAAN ELEMEN TEKS
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
· Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat. 
· Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. 
· Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai 
· Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan 
kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan. 
· Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain. 

PENGGUNAAN ELEMEN GRAFIK DAN VISUAL
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak 
seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
· Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi 
penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. 
· Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan 
dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat 
dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia 
boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan. 

PENGGUNAAN ELEMEN AUDIO
-Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. 
- Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.


PANDUAN MEGGUNAKAN ELEMEN VIDEO
·    Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling  dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. 
·       Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para  pengguna dengan lebih nyata.

PANDUAN MENGGUNAKAN ELEMEN ANIMASI
·         Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. 
·         Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. 
·         Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk membina bahan audio dan video,
antaranya ialah :
 

(i) Membina bahan video

Langkah 1 dan 2

 

Langkah 3

 

Langkah 4

 

Langkah 5

 

MEMBINA BAHAN AUDIO
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
 

No comments:

Post a Comment