Saturday 19 April 2014

TAJUK 12: MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

    Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan. 
        Alat pengarangan adalah satu perisian yang khusus untuk menghasilkan perisian kursus dengan cara mudah.  Alat pengarangan lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa pengaturcaraan. Proses menukarkan sesuatu bahan pengajaran dari bentuk bertulis kepada bentuk komputer dengan menggunakan sistem pengarangan biasanya tidak memerlukan seorang yang mahir bahasa pengaturcaraan. Pembangunan perisian kursus dengan alat pengarangan lebih menjimatkan masa kerana mempunyai ciri-ciri mesra pengguna.

Jenis-jenis Alat Pengarangan


Menggunakan alat Pengarangan dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google docs ini boleh didapati dengan melayari docs.google.com/ 

Karangan yang dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa. 


Aplikasi

Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkan murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarangan yang diketahui.

Aplikasi Penyuntingan Bahasa Melayu dengan menggunakan Alat Pengarangan

Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada Internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:


No comments:

Post a Comment