Sunday 30 March 2014

Tajuk 9 : MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWSLETTER DAN KAD PENGUMUMAN

      Isi kandungan
  • Prosedur Pengeditan
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan
  • Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa
     Bahan pengajaran Bahasa Melayu begitu banyak di alam maya kini. Digitalisasi yang berlaku kini adalah kesan rembatan kemajuaan teknologi sehinggakan tercetus satu fenomena baru iaitu mengedit bahan pengajaran melalui internet kepada bentuk yang lebih menarik seperti brosur, ‘news letter’ dan kad pengumuman.
  • Brosur: Medium kertas yang dilipat tiga bahagian yang mengandungi maklumat ringkas tentang sesuatu aktiviti, majlis dan lain-lain.
  • News Letter: Alat komunikasi untuk menyampaikan informasi kepada orang lain.
  • Kad Pengumuman: Sekeping helaian kertas yang mengandungi banyak maklumat yang ringkas namun jelas dan padat.

PRINSIP PENGEDITAN

  • Perlulah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Tidak boleh mengedit sebarangan tanpa kebenaran pemiliknya.
  • Mengedit perlulah dengan tekun dan sabar kerana bukan mudah untuk mengedit sesuatu maklumat.
  • Perlu lebih teliti sewaktu mengedit.

PROSEDUR PENGEDITAN


MENGGUNAKAN 'MY BROCHURE MAKER'


LANGKAH 1

klik pada 'start' 

LANGKAH 2

Isikan data-data email dan klik pada 'next.'

LANGKAH 3

Tekan 'new'
 
 LANGKAH 4

Taipkan tajuk untuk brosur dan tekan 'create new.'
 

LANGKAH 5

Pilih brosur yang anda inginkan
LANGKAH 6

Pilih tema yang diinginkan dan anda perlu menunggu beberapa minit untuk paparan keluar selepas itu.

LANGKAH 7

Paparan brosur.
Anda hanya perlu mengedit sahaja perkara yang ingin dimasukkan ke dalam brosur tersebut bagi menarik perhatian orang ramai.

LANGKAH 8

Edit tulisan yang telah disediakan pada brosur tersebut.
Paparan pengeditan akan muncul apabila anda mengklik pada kotak di brosur.
LANGKAH 9

Contoh paparan brosur yang telah diedit dan klik pada 'save' setelah brosur disiapkan dengan lengkap.

Anda perlulah menggunakan jenis huruf yang menarik, warna yang menarik serta background yang cantik bagi menarik perhatian

LANGKAH 10

'Saving data' brosur yang telah siap disimpan.
 

TAJUK 8: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN

                 Pengajaran secara talian merupakan pengajaran yang diajar dengan menggunakan kemudahan Internet iaitu berhubung dengan Internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam Internet.Pengajaran Bahasa Melayu atas talian lebih menekankan penggunaan sesi tutorial. Kebiasaannya guru akan menggunakan tutorial portal yang diyakini mempunyai kesahihan bahan pengajaran dari segi kuantiti mahupun kualiti.

i)              Atas talian -  menggunakan bahan pengajaran dariopada internet yang ‘online’
ii)            Luar talian -  menggunakan bahan pengajaran daripada internet namun ‘offline

                 Pengajaran luar talian pula boleh didefinisikan sebagai "offline". Pengajaran ini tidak memerlukan penggunaan Internet tetapi pengajaran juga masih lagi boleh menggunakan bahan dari Internet. Bahan yang diambil itu kebiasaannya didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam satu fail. Penggunaan kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.                                                            

Kelebihan pengajaran secara atas talian 
  • Dapat mengakses bahan dengan cepat.
  • kepelbagaian bahan di Internet.
  • meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan
Bahan yang boleh didapati daripada Internet sepanjang proses P&P atas talian ialah:


Melaksanakan  simulasi pengajaran atas talian
      Contoh:


Set  induksi

Mencari gambar kemalangan di internet.
-Bersoal jawab tentang gambar
-Menjelaskan tentang tajuk pengajaran



Langkah 2

Mendapatkan video keselamatan jalan raya di youtube sebagai pengenalan  kepada tajuk pengajaran.

-       Mengadakan soal jawab mengenai video
-       Guru mencari artikel atau berita tali pinggang keledar
-       Murid membaca artikel tersebut



Langkah 3





-       Guru mengakses portal utusan dan melihat soalan karangan berkaitan dengan artikel tersebut.
- Membina karangan berkaitan dengan penggunaan tali pinggang keledar belakang. 



Penutup

-       Bersoal  jawab tentang  kepentingan  menjaga keselamatan jalanraya.
-       Guru membantu murid membuat kesimpulan berdasarkan pengajaran.
-       Membaca pantun di laman web.



Melaksana Simulasi Pengajaran Atas talian dan Luar talian dengan menggunakan laman Web dan Tapak pembelajaran


Langkah 1


Guru mengadakan ulangkaji tatabahasa kepada murid


Langkah 2


Mencari soalan di internet

Langkah 3


Guru bersoal jawab dengan murid dan murid melakukan perbincangan bersama rakan berkaitan soalan yang dijawab


Langkah 4


Mengadakan latihan berkumpulan dengan mencari maklumat mengenai tatabahasa untuk dibuat karangan

TAJUK 7 : MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan 

Model Pemprosesan Maklumat bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimanapun, disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia emmproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumatn adalah tidak sesuai kerana komputer mempermudahkan cara manusia bertindak. Hal ini kerana cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.

Model pemprosesan maklumat merupakan model yang paling utama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Model yang dibangunkan ini adalah untuk memberikan ingatan kepada pengguna melalui teknologi komputer.
Terdapat dua jenis ingatan iaitu:
  • Ingatan jangka masa pendek: Hanya untuk pemindahan maklumat sahaja. Manusia pula boleh ingat hanya dalam lingkungan 10 saat sahaja kemudian lupa.
  • Ingatan jangjka masa panjang: Maklumat diingat dengan lebih lama. Latih tubi diperlukan dan penyimpanan maklumat  kekal lama serta boleh dinyatakan secara langsung bila diminta.
Pemprosesan maklumat ini melibatkan perolehan ilmu, mengingat, lupaan dan mengingat kembali maklumat yang hilang.

Prinsip-prinsip Utama Model Pemprosesan Maklumat
  1. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat dua hala.
  2. Pengaliran maklumat dua hala.
  3. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
  4. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.



Proses yang terlibat dalam Pemprosesan Maklumat
  • Pengekodan (Encoding)
  • Penyimpanan (Storage)
  • Lupaan (Forgetting)
  • Mengingat Kembali (Retrieval)
Pengaplikasian Model Pemprosesan Maklumat banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih cekap dan cepat. Contohnya dengan menggunakan laman web yang ilmiah seperti Tutor Pendidikan Utusan.

 




Akhir sekali, pengguna dapat melihat soalan yang disimpan dalam bank soalan. Pengguna boleh menggunakan soalan yang dipaparkan sebagai latihan bagi memantapkan pengetahuan sendiri. Jika diteliti semula, beberapa proses diperlukan bagi membukakan soalan.

TAJUK 6 : Membina Dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan Dalam Penyusunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Pengenalan
· Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
·   Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
· Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.
Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:


(i) Struktur hierarki



Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:



struktur hierarki

(ii) Struktur komposit
  • Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
  • Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
Kesan kepada murid
  • Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
Kepentingan akses struktur perpautan
  • Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan

(iii) Struktur linear



Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.




struktur linear


(iv) Struktur Rangkaian

Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:


TAJUK 5 : MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  1. Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu.
  2. Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu.
  3. Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa melayu.
  4. Membina dan menggunakan pakej tutorial pembelajaran.

PROSEDUR PEMBINAAN TAPAK PEMBELAJARANBAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.

Langkah pertama,anda hendaklah mendapatkan tapak/web untuk membina laman. Tapak laman percuma banyak didapati dan anda boleh memilih mana-mana tapak yang anda suka atau inginkan. Antaranya ialah:


  • Setelah memperolehi tapak laman, anda perlukan tutorial HTML bagi membuat laman/homepage dengan menggunakan tag HTML. Penguasaan kaedah HTML akan memberikan lebih daya kreativiti pada laman anda.
  • Terdapat juga beberapa cara yang paling mudah dan ringkas untuk membina laman, iaitu dengan hanya mengisi borang yang terdapat dalam laman-laman berikut:



  • Warna adalah satu keperluan, dan yang pasti, warna adalah pemancar ilham kepada para pengunjung untuk menikmati laman anda. Warna dalam laman menggunakan kod tersendiri (hex), jadi untuk memudahkan anda memilih warna sama ada untuk latar belakang, jadual, frames dan sebagainya, sila klik mana-mana yang anda mahu mendapatkan panduan warna.
  • Tidak lengkap jika laman yang dibina tidak dimasukkan latar belakang (backgrounds), Bullet, Icons dan sebagainya .Anda boleh mencuba laman-laman berikut untuk memperoleh latar belakang (backgrounds), Bullet, Icons, sama ada untuk laman personal, syarikat atau anak-anak.




Contoh Laman Web Yang Telah Siap:




Anda boleh mencipta grafik dengan mudah.


BINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK PEMBELAJARAN DAN LAMAN WEB BAHASA MELAYU






Memasukkan lagu (muzik) latar seperti memberi mood kepada laman anda apabila dikunjungi.Jika anda berhasrat untuk memasukkan muzik latar, dapatkan panduannya di bawah ini:

Masukkan MIDI muzik latar. 

Langkah Terakhir

Apabila anda berjaya menyiapkan laman anda, langkah seterusnya anda lakukan ialah mengiklankan laman ke semua enjin pencari (search engine) seperti yang saya senaraikan di bawah ini. tujuannya supaya laman (homepage) anda akan mudah ditemui oleh pengguna enjin pencari dan seterusnya melawat laman anda.




Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran


Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
  • Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
  • Susun atur paparan skrin:
  1.   Seimbang : kedudukan teks
  2. Kemas : susun letak paparan skrin dalam   keadaan kemas, bersih
  3. Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip
  • Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
  •  Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
  • Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
  •  Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
  1. Ketebalan
  2.  Italic
  3. Bergaris
  4. Warna dan saiz fon berlainan.
  5. Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
    4
Ikon
  • Reka bentuk yang sesuai dengan topik
  • Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambil kira latar belakang)
    5
Pautan hyperteks
  • Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
  • Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
   6
Format gambar 
  •  Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
  1. JPEG (* .jpeg)
  2.  GIF (* .gif)
  • Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil   saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
  • Tidak digalakkan menggunakan (bmp), (.tga), (.tif), (.pch) kerana saiznya yang besar.
    7
Format fail gambar
  • Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
    8
Animasi
  • Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan seperti satu gerakan.
  •  Animasi multimedia lebih kompleks
  •  Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
  •  Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.