Tuesday, 11 March 2014

Tajuk 3: Memuat Turun garis Panduan dan etika Penggunaan Internet

Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan Internet

  • Setiap penggunaan sesuatu perkara harus mempunyai garis panduan dan etika. Begitu juga penggunaan Internet yang sememangnya mempunyai garis panduan dan etika yang khusus.

  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet. 


  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan power point.

Etika Penggunaan Komputer
  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.
Masalah Moral dan Etika
  • Penggertak
  • Penyalah-gunaan internet
  • Virus
  • Hak cipta
  • Perisian cetak rompak

Penggertak (Cracker)
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan

Penyalahgunaan internet
  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus
  • Sebarkan virus yang akan merosakkan sistem, data, perisian, dan melumpuhkan rangkaian komputer.

Hak cipta terpelihara
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

Perisian cetak rompak
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.

PRINSIP ETIKA KOMPUTER
  • Keseimbangan
  • Keizinan termaklum
  • Keadilan
  • Meminimumkan risiko

a. Keseimbangan
  • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat
  • Mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.

b. Keizinan termaklum
  • Mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.

c. Keadilan
  • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.
  • Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
d. Meminimumkan risiko
  • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.


PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  • Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  • Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  • Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  • Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  • Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  • Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
  • Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
  • Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  • Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  • Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
  • Brosur ialah untuk sebagai media promosi.
  • Dimana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu.
  • Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.

CARA MEMBUAT BROSUR
  • Buka Microsoft Publisher 2007

  • Setelah ‘application’ sudah dibuka, ‘screen’ akan memaparkan gambar seperti berikut,

  • Langkah seterusnya, pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur). 
  • Contoh design yang saya pilih ialah ‘Tilt’

  • Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan.
  a. Contoh gambar ialah Logo 
  1. Setelah itu masukkan contoh butiran seperti:
  • Tajuk program/perkara dan lain-lain.
  • Nama penaja/penulis dan lain-lain.
  • Tarikh dan hari akan diadakan.
  • Aktiviti yang akan dijalankan
  • Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan


Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda. Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.
 
 
 

Setelah itu masukkan contoh butiran seperti:
  • Tajuk program/perkara dan lain-lain.
  • Nama penaja/penulis dan lain-lain.
  • Tarikh dan hari akan diadakan.
  • Aktiviti yang akan dijalankan
  • Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan


Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda. Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.


No comments:

Post a Comment