Saturday 19 April 2014

TAJUK 11: PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

Pengenalan
                    
              Pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video ini merupakan salah satu pengajaran yang membantu p&p kerana pengajaran ini boleh menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. 
  • Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video) merupakan satu set teknologi komunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  • Sidang video ini juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan. 
  • Sidang video berbeza dari videofon kerana sidang video ini direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
  • Bersesuaian dalam melaksanaka Pendidikan Jarak Jauh kerana sidang video ini sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjuk cara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, temu duga dan juga bimbingan kaunseling.
Jenis Persidangan Video
  • Banyak ke banyak
  • Satu ke banyak
  • Satu ke satu
Konferensi Secara Atas Talian

               Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, konferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu, konferensi ini juga merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, terutamanya dalam kalangan pihak-pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama. Konferensi juga boleh diadakan di atas talian dengan menggunakan Internet.

Transmisi Sidang Video

Teknologi sidang video ini berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:









  1. Cekup (Capture)
  • Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
  • Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yang kemudiannya dimampatkan.
    2.  Mampat
  • Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
  • satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.
    3.  Siar
  • Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
  • Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.
Kebaikan Menggunakan Sidang Video

Kelemahan Menggunakan Sidang Video
  • Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
  • Merupakan satu ancaman kerana kurang berkemahiran dan pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi ini.
Mengadakan Sidang Video untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis.

  • Sidang video dengan menggunakan perisian Skype

Langkah
Huraian
Langkah 1 :

Langkah pertama ialah memilih perisian sidang video yang diingini. Pemilihan ini boleh dilakuakan dengan menekan klik pada simbol-simbol perisian yang terdapat dalam komputer anda. Sebagai contoh di sini sidang video yang dipilih ialah skype.
Langkah 2 :

Setelah itu akan terpapar keluar skrin yang menunjukkan Selamat Datang. Kemudian, anda harus menekan klik di sebelah kanan yang menunjukkan ayat “close this window screen and start using skype” 

Langkah 3:

Selepas itu, paparan skype anda akan muncul. Klik pada
tetikus kiri pada "create a group’"
Langkah 4:

Penambahan rakan boleh dibuat bagi kumpulan
perbincangan. Sebagai contoh sekiranya jenis video itu dari satu ke banyak, anda harus klik pada perkataan "Add people’" untuk menambah rakan anda.
  
Langkah 5:

Hasil daripada menubuhkan ‘kumpulan skype’ ini akan menghasilkan seperti gambar yang di bawah. Orang-orang yang dikehendaki akan dijemput untuk menyertai kumpulan skype ini bagi memudahkan proses P&P berlaku. 

Namun, untuk keluar daripada perbincangan yang ditubuhkan itu perlu melalui beberapa cara iaitu dengan klik tetikus kanan pada perbincangan dan pilih "leave conversation".

Anda akan lihat ada perkataan "leave the conversatio"Hal ini menunjukkan anda telah meninggalkan perbincangan.


Sidang Video Menggunakan Yahoo Messenger
  • Sidang video menggunakan Yahoo Messenger ini mempunyai sedikit kelainan dengan skype. Langkah-langkah untuk melakukan sidang video ini adalah seperti di bawah:

LANGKAH
HURAIAN
Langkah 1:
Anda harus mendaftarkan diri ke dalam Yahoo Messenger.
Setelah mendaftarkan diri paparan senarai contact akan
dipaparkan pada skrin YM.
Langkah 2:
Tekan pada salah satu contactIa akan memaparkan detail contact tersebut. Kemudian pilih gambar video untuk membuka video anda dan berinteraksi dengan rakan anda.
Langkah 3:
Conversation bersama rakan anda akan keluar dan anda boleh menaip mesej sambil membuka video dan bercakap.

Langkah 4:
Tekan video call dan YM anda akan diaktifkan. Video anda dan rakan anda akan dapat dilihat.

Langkah 5:
Anda harus menekan "contact”. Kemudian paparan "manage group" akan keluar dan anda harus tekan "manage
group" dan "create new group". Selepas itu anda masukkan
nama group dan tekan "ok" dan setelah kembali ke paparan
luar klik mouse kanan.

Langkah 6:
Masukkan alamat email rakan anda dan tekan "next"

Langkah 7:
Pilih senarai nama group dan tekan butang "next dan finish"

langkah 8:
Anda menekan "invite this group to conference" dan  masukkan nama-nama group.

No comments:

Post a Comment